Thursday, January 15, 2009

IN A LOVING MEMORY

Hari ni genap lah 2 tahun nenek aku tinggalkan kami semua , cucu-cucu , anak-anak, Menantu-menantu dan juga suami tercinta. 15 Januari 2007 tarikh yang memberi peringatan besar kepada kami semua di mana tarikh beliau kembali ke Rahmatullah dua tahun yang lalu. Rasa macam baru beberapa bulan, tapi kenyataannya sudah 2 tahun.

Kadang-kala aku masih rasa janggal pabila balik ke kampung tanpa kewujudan beliau di situ. Mungkin selalu menjadi kebiasaan jika balik kampung sahaja , dia lah yang sering menyambut kepulangan kami dengan hati yang begitu ceria dan gembira kerana tiada lain yang lebih menggembirakannya selain melihat anak-anak dan cucu-cucunya datang melawat.

Masih segar di ingatku segala kenangan aku dan adik-adik serta sepupu-sepupu aku yang lain sewaktu menghabiskan masa dengan beliau dikala cuti sekolah.Bangun seawal 6pagi, untuk memberi makan kepada ayam-ayam peliharaannya. Dari situ jugalah aku belajar cara memanggil ayam, memegang ayam dan memberi makan kepada ayam dari tapak tangan. Tidak lupa juga memberi makan kepada kambing-kambing yang ada. Bila aku sudah dewasa baru aku sedar betapa nenek aku itu cintakan fauna. Sehinggakan ada kambing yang sangat manja dengan nenek aku.

Aku rindu masakannya, masakannya simple , hanya menggunakan sayur yang ditanam sendiri tapi keenakannya mebuatkan aku tambah 2 -3 kali. Itulah salah satu keistimewaan insan yang aku gelar nenek.Dia seorang yang sanggup korban kan apa saja untuk keluarganya. Aku ingat lagi semasa aku kecil, aku ingin membeli seutas jam tangan yang di jual di tamu Tuaran , tapi mama dan bapa aku enggan membelikannya. Akibat dari aku merajuk sehinggalah sampai dekat kampung.Apabila nenek aku nampak aku dengan muka masam dia cuba memujuk dengan kata-kata tapi tidak juga berhasil.Selepas itu dia memberikan jam dia kepada aku untuk kembalikan keceriaan di muka aku. Aku pun selepas itu beransur-ansur ceria kembali. Pada masa itu, aku tidak terfikir betapa pemurahnya nenek aku korbankan jam tangan dia sendiri untuk diberikan agar cucunya berhenti merajuk.

Itulah antara secebis kenangan dari selautan memori aku dengan beliau. Segalanya akan aku semat di dalam hati dan akan aku kongsi dengan adik , saudara –mara mahupun anak aku kelak. Hajjah Kasmah Bte Takan , nama ini aku aku ingat sampai bila-bila.Sempena 2 tahun pemergian arwah nenak aku, satu kenduri bakal diadakan pada hari sabtu ini berserta itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau agar rohnya diberkati dan di cucuri rahmat.

Amin

Sekian

(15.01.09) ( 11.44pm)

2 comments:

Amy Ajak said...

something we have in common ab.
I lost my grandma masa 2007 juga. but ngam2x 3 hari lepas raya.

mmg dorang dalam memories kta forever.

Al-fatihah

AbzZoNe said...

yup... mmg selalu di hati kan.. xkan ku lupa tu...
hehehehe..
kalau teringat tu kadang2 sedih juga kan?
huhuhu